Friday, October 18, 2019
updated 10:23 AM UTC, Oct 18, 2019

Huawei lancar sistem operasi baharu saingi andriod

  • Published in Ekonomi

SHANGHAI - Syarikat Telekomunikasi terbesar China, Huawei, melancarkan sistem operasi baharu sebagai saingan sistem android

Sistem dikenali sebagai Huawei Harmony OS.

Ketua Bahagian Perniagaan Pengguna Huawei, Richard Yu berkata, sistem yang juga dikenali sebagai 'HongMeng' dalam bahasa cina itu, dijangka memberi lebih kemudahan dan keharmonian kepada dunia.

Syarikat itu memperkenal sistem tersebut selepas berhadapan kehilangan hak menggunakan sistem android, akibat tekanan perdagangan Amerika Syarikat-China.

Sistem dengan perisian yang sangat dinanti-nantikan itu dianggap penting bagi kelangsungan penggunaan teknologi, memandangkan White House mengharamkan perusahaan-perusahaan Amerika Syarikat menjual produk mereka kepada Huawei, sekaligus akan menghapus akses Huawei ke sistem operasi Android Google.

Yu berkata, OS berorientasikan masa hadapan akan memberi lebih kemudahan yang lancar dan selamat, berbeza dengan Android dan iOS.