Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Peladang Melaka Sasar Tingkat Penglibatan 50 Peratus Peladang

  • Published in Ekonomi
Foto - Bernama

ALOR GAJAH - Pertubuhan Peladang Negeri Melaka menyasarkan untuk meningkatkan  penglibatan  kira-kira 50 peratus daripada jumlah 22,000 peladang di negeri ini dalam persatuan itu dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding hanya 20 peratus pada masa kini.

Pengerusinya Datuk Abu Pit berkata selain daripada kurangnya penyertaan peladang  sedia ada dalam persatuan itu, penglibatan golongan muda di negeri ini dalam sektor pertanian masih kurang ekoran beberapa  faktor termasuk persepsi yang salah tentang sektor ini termasuk dilihat sebagai tidak menguntungkan.

Beliau berkata penglibatan golongan muda dalam industri peladang penting kerana mereka merupakan pelapis bagi meneruskan industri tersebut pada masa hadapan agar bekalan makanan negara tidak terjejas dan mengurangkan kebergantungan kepada import makanan.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Program Muafakat Peladang dan Ziarah Peladang peringkat negeri Melaka di sini.

 

((BERNAMA))