Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Autoshow 2018 Tarik Perhatian Wakil Luar Negara

  • Published in Ekonomi
Foto: BERNAMA
 
SERDANG - Presiden Institut Otomotif Indonesia, I Made Dana Tangkas menyifatkan pameran automotif Malaysia Autoshow 2018, yang sedang berlangsung di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) sehingga Ahad ini  dipenuhi dengan elemen teknologi futuristik dan mobiliti terhubung.

Made yang melawat pameran itu hari ini berkata antara yang menarik ialah fokus yang diberikan kepada pembangunan industri automotif seiring dengan Revolusi Industri 4.0.

Pameran tersebut memaparkan trend masa hadapan dan memberikan gambaran mengenai bagaimana dukungan pihak pemerintah terhadap perkembangan industri automotif Malaysia terutama teknologi yang bersifat futuristik.

Made berkata tema-tema yang diketengahkan dalam Malaysia Autoshow 2018 adalah sangat relevan dan bertepatan dengan transformasi industri automotif.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Datuk Madani Sahari berkata selain wakil Indonesia, turut hadir pada majlis pelancaran Malaysia Autoshow 2018 semalam ialah wakil dari Bangkok Autoshow, Thailand.

((BERNAMA))