Monday, August 26, 2019
updated 5:11 AM UTC, Aug 26, 2019

Johor komited tambahbaik semua aspek sektor industri

  • Published in Ekonomi

JOHOR BAHRU - Johor komited menambahbaik sektor industri dari semua aspek bagi menarik pelaburan asing khususnya dari Australia.

Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti, Jimmy Puah Wee Tse berkata, selain urus tadbir industri yang telus, pembangunan teknologi turut diberi perhatian dalam usaha mewujudkan ekosistem kondusif kepada pelabur asing.

Beliau mengadakan sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Jelasnya lagi, kerajaan negeri Johor merancang satu misi perdagangan ke Australia dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) hujung bulan ini.