Monday, August 26, 2019
updated 5:18 AM UTC, Aug 26, 2019

Halfest 2019 sasar jualan RM70 juta

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA - Halal Fiesta Malaysia (Halfest) 2019 yang akan berlangsung pada 4 hingga 8 September depan menyasarkan nilai jualan RM70 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, Halfest 2019 dijangka mampu menarik hingga 90,000 pengunjung dalam tempoh lima hari penganjuran ekspo tersebut di Pusat Pameran Mines, Seri Kembangan.

Halfest 2019 merupakan satu inisiatif yang menonjolkan usahasama JAKIM dan MAIWP dalam mengetengahkan usahawan golongan asnaf.

Ia mempromosikan budaya halal dengan memberikan pendedahan lebih terperinci mengenai produk dan perkhidmatan pensijilan halal.

Halfest 2019 dijangka menerima penyertaan lebih 450 usahawan yang bakal memenuhi lebih 500 ruang pameran.

Ia bakal dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau ditemui media selepas merasmikan majlis Halal Fiesta Malaysia 2019 di Putrajaya.

Seramai 30 orang hadir pada majlis berkenaan, antaranya Ketua Pengarah JAKIM,Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.