Monday, December 9, 2019
updated 4:54 AM UTC, Dec 9, 2019

150 produk usahawan Negeri Selangor bakal sertai Malaysia Fest 2019 Singapura

  • Published in Ekonomi

FOTO - RTM


SHAH ALAM - Sebanyak 150 produk usahawan dari Negeri Selangor akan dibawa ke Malaysia Fest 2019 di Singapore Expo, Changi bermula esok hingga Ahad ini.

Antara produk itu termasuk buah-buahan, ulam-ulaman, tanaman kontan, produk proses dan industri asas tani, makanan kesihatan, kecantikan dan fesyen.

Menurut Exco Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri turut membawa 20 usahawan negeri itu ke festival berkenaan.

FAMA Selangor menyasarkan RM400,000 ribu untuk hasil jualan produk.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Pelepasan Produk Negeri Selangor ke Malaysia Fest 2019 di Wisma PKPS di Shah Alam.

Tahun lalu, seramai 18 usahawan Industri Asas Tani Selangor dengan 72 jenis produk telah menyertai festival sama dengan hasil jualan mencecah hampir RM150,000 ribu.