Monday, August 26, 2019
updated 4:56 AM UTC, Aug 26, 2019

Nilai eksport sarung tangan getah dijangka cecah 150 juta Dolar Amerika tahun ini

  • Published in Ekonomi

FOTO HIASAN


KUALA LUMPUR - Eksport sarung tangan getah ke 49 buah negara di Afrika dijangka mencecah hampir 150 juta Dolar Amerika tahun ini berbanding 100 juta Dolar Amerika pada 2018.

Permintaan yang memberangsangkan itu didorong tahap kesedaran mengenai kepentingan sarung tangan getah dalam penjagaan kesihatan dan kebersihan di benua berkenaan.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok percaya Malaysia mampu mengekalkan kedudukan selaku pengeluar utama dunia dan peneraju eksport sarung tangan di peringkat global.

Terese Kok berucap pada Majlis Makan Malam Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) bersama Ketua Misi Afrika di ibu negara.

MARGMA turut menjangkakan permintaan sarung tangan getah di peringkat global meningkatkan sebanyak 12 peratus kepada hampir RM20 bilion tahun ini melibatkan rakan dagang daripada Thailand, China dan Indonesia.