Monday, August 26, 2019
updated 5:57 AM UTC, Aug 26, 2019

BNM : Pinjaman dipermudahkan kepada PKS sebagai sokongan kerajaan

  • Published in Ekonomi

FOTO - RTM


PETALING JAYA - Keputusan Bank Negara Malaysia untuk memudahkan pinjaman kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bukanlah petanda PKS mengalami masa yang sukar.

Sebaliknya, langkah itu sebagai sokongan kerajaan terhadap PKS yang merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof, inisiatif itu akan memberi impak positif kepada ekosistem PKS seterusnya kesan baik kepada aliran tunai dan operasi perniagaan mereka.

Jelas beliau lagi, perang dagangan yang memberi impak kepada ekonomi utama dan rantaian nilai global yang lain bukan sahaja memberi kesan kepada PKS malah kepada ekonomi dunia.

Datuk Seri Redzuan ditemui pemberita selepas program Afternoon Insight bersama Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) di Petaling Jaya, Selangor.