Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 1:48 PM UTC, Apr 22, 2018

Deftech Perkenalkan Variasi AV8 Gempita Di DSA 2018

  • Published in Ekonomi
Foto - BERNAMA

KUALA LUMPUR - DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech),  anak syarikat DRB Hicom Bhd, memperkenalkan varian terbaharu, kereta perisai beroda (AMV) yang paling canggih, AV8 Gempita - Pengawasan (SURV) dan Stesen Senjata Kawalan Jarak Jauh (RCWS).

SURV dan RCWS merupakan sebahagian daripada dua varian dalam 12 variasi AWV AV8 Gempita yang sedang dibangunkan untuk penghantaran kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Deftech Lt Kol Datuk Amril Samsudin berkata, SURV akan digunakan oleh Unit Infantri Mekanis dan Rejimen Armor ATM.

Deftech memulakan penghantaran kenderaan tersebut pada 2014, dan sehingga kini telah menghantar sejumlah 118 unit.

((RTM / TV))