Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 1:48 PM UTC, Apr 22, 2018

FIM 2018 Disasar Tarik Pelaburan Francais RM370 Juta

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2018 (FIM 2018) disasar menarik pelaburan francais berjumlah 370 juta ringgit sepanjang tiga hari penganjurannya bermula 20 april ini.

Dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), FIM 2018 menerima penyertaan pemain industri daripada 12 buah negara.

“Saya yakin dengan penyertaan pelbagai negara, kita  dah dengar iaitu daripada UAE, Saudi, China, Thailand,  Singapore Dan Indonesia dan negara-negara di Timur Tengah, saya yakin program kali ini  akan dapat menambahkan lagi jumlah kemasukan dan pendapatan negara.”

Pameran francais terbesar di asia tenggara itu dianjurkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  (KPDNKK) dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia, MFA.

Ia dijangka menarik lebih 10 ribu pengunjung dari dalam dan luar negara.

FIM 2018 turut disokong dan diiktiraf oleh badan francais antarabangsa seperti World Franchise Council dan Asia Pacific Franchise Confederation.

((RTM / TV))