Thursday, August 22, 2019
updated 12:32 PM UTC, Aug 22, 2019

Industri hiliran nadir bumi negara berpotensi tinggi tarik pelaburan

  • Published in Ekonomi

FOTO - RTM

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan yakin, negara berpotensi menarik jumlah pelaburan sehingga RM100 bilion dalam industri hiliran nadir bumi bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Redzuan Yusof menjelaskan, biarpun banyak peluang dibuka kepada pelabur asing, negara tidak akan berkompromi dengan apa jua risiko yang boleh mengancam keselamatan dan persekitaran negara.

Katanya, industri tersebut mendapat sambutan tinggi daripada beberapa pelabur asing yang berminat melabur di negara ini.

Beliau menjelaskannya pada sidang media selepas menyempurnakan perbincanga.n meja bulat Forum Perniagaan Global Malaysia di ibu negara.

Dalam masa sama, beliau juga menggalakkan penyertaan lebih ramai usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menceburkan diri dalam industri tersebut.

Ia boleh dilakukan dengan mendapatkan khidmat latihan individu berkelayakan yang berupaya memberi nilai tambah kepada produk yang dihasilkan.