Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

ECRL dilancarkan semula

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dilancarkan semula pada 25 Julai ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan ia sekaligus memberi peluang kepada kontraktor tempatan untuk melaksana projek-projek awam iaitu pembinaan stesen dan depot.

ECRL yang diteruskan dengan kos pembinaan RM44 bilion akan memberi faedah kepada syarikat tempatan aktif meneroka 40 peratus projek berskala besar itu.

Anthony menjelaskannya kepada media selepas merasmikan Persidangan Kepimpinan ‘Women in Rail’ di ibu negara.

Kerajaan menjemput peserta industri berkaitan untuk melaksanakan pembangunan berorientasikan pengangkutan transit di sepanjang jajaran ECRL bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Kerajaan berjaya mengurangkan kos pembinaan ECRL sebanyak 21.5 bilion atau 33 peratus daripada kos projek kepada RM44 bilion.