Thursday, August 22, 2019
updated 12:32 PM UTC, Aug 22, 2019

LKTN sasar RM350 juta nilai industri menjelang 2025

  • Published in Ekonomi

KOTA BHARU - Sebanyak RM350 juta nilai industri disasarkan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), selain mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 2,300 menjelang tahun 2025.

Menurut Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, untuk mencapai sasaran itu, produk kenaf akan dikumpulkan dalam Kenaf Mall dan dipasarkan dalam talian.

Katanya, pihaknya sedang meneliti rakan niaga untuk bekerjasama bagi mencapai sasaran itu termasuk pasaran domestik dan platform di luar.

Jualan ini akan diperluas melalui perkhidmatan E-bay, Amazon,Walmart, Ali Express serta tidak ketinggalan Lazada dan Shopee.

Pihaknya yakin produk kenaf boleh dipasarkan secara digital kerana ia berkualiti tinggi, sekali gus menaikkan industri kenaf serta meningkatkan pendapatan pengusaha.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Citra dan Khidmat Bakti LKTN 2019 di Kota Bharu, malam tadi.