Thursday, June 21, 2018
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Jun 21, 2018

PNB Catat Prestasi Baik Pada Tahun Kewangan 2017.

  • Published in Ekonomi

Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Berhad (PNB) mencatat prestasi baik pada Tahun Kewangan 2017 (TK 2017) dengan peningkatan aset di bawah pengurusan (AUM) PNB sebanyak 4.8-peratus kepada RM 279.2 billion ; berbanding 2.664 billion ringgit pada tahun sebelumnya .

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, operasi dana amanah saham PNB juga menyaksikan pertumbuhan positif  iaitu jumlah unit dalam edaran meningkat kepada 3.5 peratus kepada RM 219.7 billion pada tahun lepas.

Manakala jumlah akaun juga bertambah sebanyak 1.5 peratus kepada 13.2 juta pemegang unit.

PNB turut mengagihkan dividen dan bonus berjumlah 14.6 billion ringgit untuk TK 2017.

Tan Sri Abdul Wahid berkata demikian ketika mengumumkan prestasi PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

((RTM/RADIO))