Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 1:48 PM UTC, Apr 22, 2018

Tenaga Nasional Tandatangan PPA Dengan KBJ Hecmy

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) menandatangani perjanjian pembelian tenaga (PPA) solar berskala besar (LSS) photovoltaic dengan syarikat tujuan khas, KBJ Hecmy Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat utiliti itu berkata, di bawah perjanjian itu, KBH Hecmy akan mereka bentuk, membina, memiliki, menjalankan operasi dan menjaga kemudahan penjanaan tenaga photovoltaic 30 megawatt itu yang akan ditempatkan di Bukit Keteri, Perlis.

Menurut TNB, PPA itu yang mana jangkaan operasi komersialnya pada 1 Dis, 2020, mengawal tanggungjawab pihak berkenaan untuk menjual dan membeli tenaga yang dijana oleh kemudahan itu untuk tempoh 21 tahun daripada tarikh operasi komersial.

Menurut TNB , Tandatangan PPA itu tidak memberikan sebaran kesan terhadap modal saham diterbitkan dan pemegang saham terbesar pegangan saham TNB selain memberikan kesan neutral kepada keuntungan TNB sepanjang tempoh PPA itu.

PPA yang ditandatangani dengan KBJ Hecmy itu susulan penandatangananan PPA LSS dengan enam lagi syarikat tujuan khas semalam.

((BERNAMA))