Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 1:48 PM UTC, Apr 22, 2018

FAMA Halal Fest Sasar Kutipan Jualan RM 1 Juta

  • Published in Ekonomi
Foto - BERNAMA

SINGAPURA - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA menyasarkan kutipan nilai jualan sehingga RM 1juta sepanjang Ekspo Halal Fest yang akan berlangsung di Singapura, 29 Mac hingga 1 April nanti.

Ia melebihi kutipan yang direkodkan pada ekspo sama tahun lalu, kira-kira 400 ribu ringgit.

Sasaran itu berdasarkan penambahan gerai jualan daripada 23 tahun lalu kepada 42, tahun ini.
  
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani,  Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Ismail Mohamad memberitahu, antara produk yang boleh menyumbang kepada pertambahan nilai jualan ialah produk berasaskan makanan seperti minuman kordial dan keropok lekor.

Penyertaan di dalam program tersebut katanya dapat membantu mempromosikan produk tempatan selain memberi pendedahan kepada usahawan untuk menembusi pasaran luar Negara.

“Cadangan penyertaan 20 peratus usahawan sedia ada bertujuan mempromosikan produk mereka di pasaran Singapura dan 80 peratus ushawan baru yang berpotensi memasarkan prduk ke Singapura.”

Selain produk makanan, turut dibawa ke Halal Fest ialah buah-buahan, produk kesihatan, kecantikan, sejuk beku dan fesyen.

((RTM / TV))