Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

PNB umum pengagihan pendapatan berjumlah 5.25 sen seunit bagi pemegang unit ASB 3 Didik.

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan berjumlah 5.25 sen seunit bagi pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) 3-Didik.

Bagi pemegang unit Amanah Saham Nasional (ASN) Equity 2 pula, akan menerima 2.80 sen seunit, bersamaan dengan anggaran pulangan pengagihan sebanyak 5.0 peratus berdasarkan Nilai Aset Bersih pada 21 Jun 2019.

Pengagihan pendapatan bagi kedua-dua dana ini berjumlah RM367 juta, dengan jumlah keseluruhan pengagihan sebanyak RM189.3 bilion bagi kesemua 14 dana sejak penubuhan PNB.

Pendapatan bersih PPNB sehingga 31 Mei adalah RM5.3 bilion turun sebanyak 1.4 peratus.

Walaupun begitu PNB mencatatkan peningkatan tahunan 7.0 peratus untuk jumlah Aset di Bawah Pengurusannya (AUM), mengatasi paras RM300 billion buat kali pertama iaitu mencecah RM301.4 billion.

Jumlah pemegang akaun turut meningkat sebanyak 5.2 peratus kepada 14.1 juta akaun, mencerminkan keyakinan berterusan rakyat Malaysia terhadap PNB.