Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Syarikat China yakin pelaburan di Malaysia

  • Published in Ekonomi
Foto - FB MITIMalaysia

KUALA LUMPUR - Kecenderungan syarikat China untuk melabur di negara ini meningkat dengan ketara susulan hubungan dagang antara negara itu dengan Washington semakin tegang.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming berkata, minat itu dikukuhkan lagi selepas lawatan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Beijing sempena Forum "Belt and Road Initiative", April lalu .

Selain faktor perang dagang, syarikat dari China juga turut tertarik dengan beberapa kelebihan lain yang ditawarkan Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Majlis Kerjasama Bersama Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (QMCIP).

Turut hadir, Penolong Menteri Perdagangan China, Li Chenggang.

Mesyuarat kali ke-4 itu antara lain, membincangkan perkembangan terkini taman industri berkembar itu dan usaha menggalakkan pelaburan dan kerjasama perindustrian rentas sempadan.

Sehingga kini, MCKIP mempunyai 10 projek dengan nilai pelaburan keseluruhan lebih RM18 bilion.