Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

FGV Holdings Bhd berminat terlibat sama dalam usaha mengeksport minyak sawit ke China

  • Published in Ekonomi


Foto : FB FGV Holdings Berhad

 

KUALA LUMPUR - FGV Holdings Bhd berminat untuk terlibat sama dalam usaha mengeksport minyak sawit ke negara China.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Haris Fadzillah Hassan menjelaskan bahawa ia bergantung kepada harga komoditi yang dipersetujui kedua-dua negara.

Katanya, perkara berhubung eksport itu masih diperingkat perbincangan antara kerajaan dan pemain industri.

Datuk Haris mengulas langkah kerajaan sebelum ini yang berjaya meyakinkan negara China untuk meningkatkan eksport minyak sawit dari Malaysia.

Pada Mac lalu, Malaysia telah menandatangani dokumen hasrat pembelian dengan syarikat China bagi mengeksport sebanyak RM1.62 juta tan minyak sawit ke negara republik itu.