Friday, May 25, 2018
vital-top
updated 1:45 PM UTC, May 25, 2018

Jualan Sektor Pembuatan Bagi Bulan Januari, Meningkat 10.8 Peratus Kepada RM 67.8 Bilion

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR -Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 3.0 peratus pada Januari 2018 berbanding bulan yang sama 2017.

Ini disokong oleh pertumbuhan positif dalam kesemua indeks, dengan Pembuatan (4.8 peratus), Perlombongan (1.5 peratus) dan Elektrik (4.3 peratus).

Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan menyebut subsektor utama yang turut mencatatkan peningkatan ialah Makanan, Minuman dan produk Tembakau (4.4 peratus), Produk Petroleum, Kimia, Getah dan Plastik (2.1 peratus) serta Elektrik dan Elektronik (4.0 peratus).

((BERNAMA))