Thursday, August 16, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

PUNB Meluluskan Pembiayaan Berjumlah RM 48 Juta Untuk Tempoh 2 Bulan Pertama Tahun Ini.

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad PUNB telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM 48 juta untuk tempoh 2 bulan pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azhar Ahmad berkata, pembiayaan kewangan itu diberikan kepada 352 usahawan melalui pelbagai skim yang ditawarkan dibawah PUNB.

 

Pada pembentangan bajet2018, kerajaan mengumumkan peruntukkan 200 juta ringgit kepada PUNB bagi membantu usahawan tempatan.

Sejak ditubuhkan pada 1991 sehingga kini, perbadanan itu telah meluluskan pembiayaan berjumlah 2.7 bilion ringgit kepada 9 ribu 500 usahawan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis menandatangani dokumen Ikrar Bebas Rasuah.

Majlis itu disaksikan Pengerusi PUNB Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya dan Profesionalisme Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM, Datuk Jaafar Mahad

Dalam pada itu, Pengerusi PUNB, Tan Sri Mohd Ali Rustam menggesa lebih ramai usahawan bumiputera melibatkan diri dalam projek berkemahiran dan berimpak tinggi di seluruh negara.

Setakat ini PUNB telah meluluskan permohonan pembiayaan 73 usahawan bumiputera yang terlibat dengan projek mega.

Pembiayaan yang diluluskan kepada syarikat-syarikat berkenaan dianggar mencecah 36.5 juta ringgit.

Secara keseluruhan, terdapat 6 ribu 538 usahawan aktif dalam pelbagai sektor di bawah penyeliaan PUNB.

Usahawan wanita meliputi 36 peratus daripada jumlah itu.

((RTM/MELAKA))