Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 8:32 AM UTC, Jun 25, 2018

Cadangan Beli MBM Resources:Prospek Positif Bagi UMW Holdings

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Firma-firma penyelidikan mengekalkan prospek positif bagi saham UMW Holdings Bhd susulan cadangan pembelian strategik 50.07 peratus pegangan dalam MBM Resources Bhd.

Perolehan itu melibatkan harga 501 juta ringgit dan 10 peratus pegangan dalam Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) daripada Permodalan Nasional Bhd dengan harga 417.5 juta ringgit.

RHB Research terdapat sinergi yang akan dijana daripada perniagaan pengedaran auto dan alat-alat auto MBM Resources.

Firma penyelidikan itu menganggarkan proforma penilaian 5 ringgit 65 sen di bawah senario ini dan meningkatkan saranan kepada beli daripada jual.

Sementara itu, Kenanga Research berkata cadangan pembelian korporat itu akan membolehkan UMW meningkatkan pegangan strategiknya dalam Perodua

Selain meningkatkan pendedahan dalam segmen kenderaan perdagangan menerusi pengedaran pelbagai jenama kenderaan seperti Daihatsu dan Hino daripada MBM Resources.

((RTM / TV))