Tuesday, September 18, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

MHinsure Travel Takaful: Tawar Perlindungan Perjalanan Takaful Komprehensif

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines, Etiqa dan Cover-More melancarkan perlindungan perjalanan takaful pertama seumpamanya yang pernah ditawarkan oleh syarikat penerbangan.

Dikenali sebagai MHinsure Travel Takaful; produk komprehensif ini mematuhi undang-undang Syariah dan menawarkan perlindungan perjalanan Takaful komprehensif kepada pelanggan Islam dan bukan Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Izham Ismail dalam satu kenyataan berkata, selain menawarkan pelancong manfaat yang sama seperti produk insurans perjalanan tradisional, produk ini turut dilengkapi dua faedah tambahan untuk Badal Haji dan Ihsarr, bagi penumpang yang mengerjakan haji.

Pelan perlindungan Takaful itu ditaja jamin oleh Etiqa dengan perkhidmatan bantuan disediakan oleh Cover-More.

Para penumpang Malaysia Airlines boleh mendapatkan MHinsure Travel Takaful apabila mereka membeli tiket penerbangan.

((RTM / TV))