Tuesday, September 18, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

Mansuh GST, Tol & PTPTN – Negara Akan Kehilangan Rm416 Bilion

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Negara akan kehilangan RM 416.6 bilion hasil,  sekiranya GST, Tol, Pinjaman PTPTN dan Duti Eksais dimansuhkan. 

Itu penjelasan Ketua Setiausaha Perbendaharaan; Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah, mengulas cadangan pihak tidak bertanggungjawab, bertujuan meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-14.
  
Pemansuhan GST akan menyebabkan  negara kehilangan RM 45 bilion,  pemansuhan tol sebanyak RM 338 bilion,  PTPTN  RM 3.9 bilion,  dan duti eksais RM 2.4 bilion.

Hasrat untuk menjadi negara maju menjelang 2020 juga sukar dicapai.

Pada masa sama, hutang negara akan meningkat kepada RM 1 trilion jika rakyat memilih untuk mempercayai pengurusan ekonomi yang 'populis' berbanding realistik.

Tan Sri Dr. Irwan turut kecewa dengan cadangan supaya pelaksanaan  projek- projek berimpak tinggi seperti Kereta api Berkelajuan Tinggi (HSR),  Transit Aliran Massa (MRT) dan Lebuh raya Pan Borneo 'dikaji semula'.

Beliau mengingatkan,  projek-projek tersebut akan memberikan kesan berganda dan manfaat besar  kepada rakyat,  selain membuka kawasan pembangunan baharu.

((RTM / TV))