Wednesday, May 22, 2019

updated 8:44 AM UTC, May 22, 2019

Industry4WRD pacu perkembangan IKS

  • Published in Ekonomi
Foto - FB MukhrizMahathirFC

ALOR SETAR - Syarikat yang berkecimpung dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) perlu merebut pelbagai peluang disediakan agensi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi memacu perkembangan IKS ke arah Industry4WRD.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata penglibatan syarikat IKS dari negeri itu dalam program bersama agensi MITI masih pada tahap rendah.

Beliau bercakap kepada media selepas menerima kunjungan Menteri MITI Datuk Darell Leiking di pejabatnya di Alor Setar.

Tahun lalu, Kedah mencatat jumlah perdagangan sebanyak RM37.7 billion dengan nilai eksport RM20.16 billion.

Eksport utama antaranya peralatan mesin dan pengangkutan, menyumbang hampir 88 peratus daripada nilai eksport.

Manakala dalam sektor pembuatan, jumlah pelaburan yang diluluskan di Kedah tahun lalu adalah RM2.3 billion melibatkan 41 projek.