Logo

Ambank dan CGC bantu syarikat pemula niaga: peruntuk RM30 juta dana patuh syariah.

Foto - Ambank

 

KUALA LUMPUR - Ambank (M) Bhd dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation Berhad (CGC) memperuntukkan RM30 juta dana patuh syariah bagi membantu syarikat pemula niaga mengembangkan perniagaan mereka.

Inisiatif itu dilaksanakan dibawah kemudahan pembiayaan SME Biz Start Up-i, menyasarkan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang kekurangan cagaran serta akses kepada pembiayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ambank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, menerusi dana tersebut, syarikat berkelayakan boleh mendapatkan pembiayaan bermula dari RM30 ribu  sehingga RM300 ribu.

Jelas beliau, syarikat yang beroperasi dari satu hingga tiga tahun layak untuk memohon dengan 70 peratus pembiayaan dijamin CGC. Beliau ditemui media selepas majlis pelancaran kemudahan pembiayaan tersebut di ibu negara.

Turut diumumkan, tambahan dana RM500 juta untuk Skim Jaminan Portfolio PKS bagi menyokong keperluan pembiayaan dalam industri PKS.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.