Logo

Kejayaan penjimatan projek ECRL kepada RM21.5 bilion perlu ditonjolkan kerajaan mengurus projek mega demi kepentingan negara dan rakyat.

KUALA LUMPUR - Kejayaan penjimatan projek ECRL kepada RM21.5 bilion  perlu ditonjolkan kerajaan mengurus projek mega demi kepentingan negara dan rakyat. 

Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Firdaos Rosli, menyifatkan penjelasan penyelarasan kos pembinaan perlu diketahui umum serta bukti ketelusan untuk menarik keyakinan pelabur.

Spesifikasi projek seperti komponen, konsesi tanah dan kegunaan rel perlu dijelaskan secara mendalam bagi memastikan pelabur dan rakyat memahami kepentingan projek ECRL.

Beliau yang ditemui RTM juga berkata, bukan sahaja  pengurangan malah penjimatan projek berkenaan juga perlu ditonjolkan kepada orang ramai bagi menangani salah faham.

Kos pembinaan Fasa 1 dan 2 ECRL berjumlah RM44 bilion , pengurangan sebanyak 32.8 peratus daripada kos asal iaitu RM65.5 bilion

((RTM/NIVALA))

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.