Logo

Penerbangan pertama Malindo Air ke Adelaide, Australia dilancarkan semalam.

Foto - Malindo Air

 

 

 

AUSTRALIA - Malindo Air melancarkan penerbangan pertamanya ke Adelaide melalui Denpasar, Bali bermula semalam.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, Adelaide merupakan destinasi keempat dalam rangkaian penerbangan syarikat itu di Australia selepas Perth, Brisbane dan Melbourne.

Langkah itu sejajar hasrat Malindo untuk meningkatkan trafik penumpang di lapangan terbang tertentu di samping mempromosi pelancongan tempatan.

Ketika ini, Malindo menyediakan penerbangan empat kali seminggu bagi laluan Kuala Lumpur dan Adelaide.

Tambang promosi sehala bagi kelas ekonomi berharga RM679 manakala RM2,399 bagi kelas perniagaan.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.