Logo

Ekonomi Melaka dijangka kekal pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus melalui pembangunan dari sektor perindustrian

BANDARAYA MELAKA - Ekonomi Melaka dijangka kekal dalam landasan pertumbuhan yang sederhana tahun ini dengan perkembangan pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus melalui pembangunan dari sektor perindustrian.

Ketua Menteri, Adly Zahari yakin pelaburan yang lebih tinggi dapat dijana melalui pembangunan kilang- kilang di negeri ini seperti Infineon Technologies Sdn Bhd.

Justeru beliau berharap pembangunan itu dapat memantapkan lagi pembangunan sosial pekerja seiring dengan hasrat kerajaan untuk mengembalikan kewibawaan Melaka sebagai negeri Pintar, Hijau, Bersih.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Program Lawatan Kerja Ketua Menteri di Batu Berendam. 

((RTM/FARAH HUDA)) 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.