Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Perodua kukuh kedudukan di Singapura

  • Published in Ekonomi

SINGAPURA - Perodua terus memperkukuhkan kedudukannya di Singapura dengan pelancaran Myvi generasi ketiga di negara itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad berkata, dengan pelancaran itu, Singapura merupakan destinasi eksport pertama bagi model tersebut.

Selepas mendapat sambutan menggalakkan di Malaysia, Singapura turut mempunyai peminat yang menanti-nantikan ketibaan model generasi ketiga itu.

Majlis pelancaran diadakan pada Sabtu lalu di pusat jualan dan servis Perocom Auto Pte Ltd di Ubi, dihadiri oleh kira-kira 250 orang pelanggan.

Perocom Auto, pengedar sah tunggal Perodua di Singapura sejak 1997 dan telah mengedarkan model Kancil, Kembara, Kelisa, Myvi generasi pertama, Viva, Axia dan Bezza di negara itu.