FIM2019 catat potensi urus niaga Francais RM452 Juta
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Ekonomi
KUALA LUMPUR - Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2019, yang berakhir baru-baru ini pada 7 April lalu, berjaya mencatat nilai transaksi urus niaga Francais berjumlah RM452 juta, peningkatan 9 peratus, berbanding RM410 juta tahun lalu.
Jelas Pengerusi MFA, Datuk Radzali Hassan, pencapaian itu hasil penawaran pakej pempamer perniagaan francais daripada 74 syarikat francais tempatan dan antarabangsa.