Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

AmBank menyasarkan pengagihan pinjaman RM 20 bilion dalam tempoh tiga

  • Published in Ekonomi

Foto : FB AmBank


KUALA LUMPUR - AmBank Group menyasarkan pengagihan pinjaman berjumlah RM 20 bilion dalam tempoh tiga tahun dalam usaha merangsang pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, sasaran itu sejajar dengan objektif AmBank untuk menyokong PKS melalui pembiayaan dan keperluan menggerakkan operasi syarikat pada masa depan menerusi penyediaan dana.

Tambahnya, menerusi inisiatif yang berorientasikan PKS, AmBank akan memberi penumpuan kepada pelanggan, dari peringkat permulaan hingga ke pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO).

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan Inisiatif Merangsang Pertumbuhan PKS dan Cabaran Keusahawanan 'AmBank BizRACE', di ibu negara.

Selain itu katanya, pada 2018 AmBank Group sudah mengeluarkan pinjaman berjumlah RM 6.14 bilion bagi PKS, iaitu peningkatan 30.6 peratus berbanding RM 4.7 bilion pada 2017.