Thursday, August 22, 2019
updated 12:32 PM UTC, Aug 22, 2019

NEF bakal bincang status JAKIM sebagai badan induk pensijilan halal antarabangsa

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Cadangan untuk menjadikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai badan induk pensijilan barang halal di peringkat antarabangsa bakal dibincangkan dalam Rangka Kerja Keusahawanan Kebangsaan (NEF).

Tegas Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, JAKIM perlu dijadikan sebagai satu organisasi penting persijilan untuk semua produk-produk halal yang dikeluarkan di peringkat antarabangsa.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Mohd Redzuan menjelaskan, bagi tempoh 1 November sehingga 28 Februari lalu, sebanyak 3,268 permohonan diterima untuk mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia.

Daripada jumlah itu, sebanyak seribu 624 syarikat telah diberi pengesahan.