Monday, June 24, 2019
updated 2:34 PM UTC, Jun 24, 2019

Penjualan Pejabat Konsulat Malaysia di Hong Kong dibuat secara tander

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Proses penjualan tanah dan Bangunan Pejabat Konsulat Malaysia di Hong Kong akan dilakukan secara tender terbuka, berbanding rundingan terus.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan menjelaskan ini bagi memastikan kerajaan mendapat nilai terbaik daripada penjualan aset negara itu.

Menterinya Lim Guan Eng berkata, kerajaan terdahulu memutuskan untuk menjual aset berkenaan, secara rundingan terus kepada sebuah syarikat dengan harga 1.1 bilion ringgit.

Surat tawaran juga telah dikeluarkan Kementerian Kewangan sebelum 9 Mei lalu.

Namun selepas perubahan kerajaan, kementerian itu menerima tawaran lain pada nilai mencecah 1.6 bilion ringgit.

Kini proses tender terbuka tersebut sedang berjalan, dan diyakini mampu memberikan hasil yang bersesuaian dengan nilai sebenar hartanah tersebut.