Sunday, February 25, 2018
vital-top
updated 3:08 PM UTC, Feb 24, 2018

Kaum Cina Berperanan Besar Perkukuh Ekonomi Sarawak - Datuk Patinggi Abang Johari

  • Published in Ekonomi

KUCHING - Sebagai peserta utama dalam sektor perdagangan dan perindustrian di Sarawak, komuniti Cina di negeri ini mempunyai peranan besar untuk dilaksanakan dalam usaha kerajaan memperkukuhkan ekonomi negeri, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata komuniti perniagaan Cina seringkali menjadi penyumbang utama kepada perdagangan, perniagaan dan perindustrian di Sarawak, dan beliau percaya mereka akan terus menyokong usaha kerajaan untuk memperkukuhkan kedudukan ekonomi negeri menerusi sumber, pengaruh domestik dan antarabangsa serta rangkaian mereka.

Beliau berkata dalam perutusan Tahun Baharu Cina di sini.

Beliau berkata Sarawak adalah bumi yang penuh dengan kepelbagaian, bukan sahaja kaya dengan alam semulajadi, tetapi juga budaya, cara hidup dan kepercayaan dianuti penduduknya.

((BERNAMA))