Sunday, July 22, 2018
vital-top
updated 3:47 AM UTC, Jul 22, 2018

FAMA Kini Beri Tumpuan Pengeluaran Durian Bermutu Tinggi

  • Published in Ekonomi

PORT DICKSON - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang fokus kepada pengeluaran durian bermutu tinggi berikutan permintaan yang sangat menggalakkan dari negara China.

Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Ishak berkata berikutan itu, FAMA kini sedang giat memberi pengetahuan dan pendedahan teknologi baharu yang membolehkan hasil dikeluarkan lebih cepat berbanding kaedah lama kepada pengusaha tanaman durian di seluruh negara.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup Kursus Upskilling Pemasaran dan Penanaman Durian Musang King di Institut Latihan FAMA di sini.

Katanya FAMA turut mengeksport durian ke Singapura, Hong Kong, Indonesia dan Australia serta menyasarkan beberapa pasaran eksport baharu seperti Kanada dan Korea Selatan untuk musim pengeluaran durian yang seterusnya.

Katanya durian dieksport ke luar negara, sama ada dalam bentuk segar (sebiji), secara sejuk beku (ulas sahaja) dan dalam bentuk pes (isi tanpa biji).

((BERNAMA))