Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

KPDNKK Sasar 100 Barangan Lebih Murah Di KR1M 2.0 –Datuk Seri Hamzah

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyasarkan 100 barang terpilih ditawarkan pada harga lebih murah di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M 2.0) menjelang April tahun ini, kata menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin.


Beliau berkata jika sasaran itu berjaya dicapai, jumlah barang akan ditambah menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata pada sesi taklimat media KR1M 2.0 di sini.

Sejak dilancarkan 4 Feb lepas, terdapat 50 barang berjenama terpilih ditawarkan di 51 KR1M seluruh negara antaranya di Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Datuk Seri Hamzah berkata sejak ia dilancarkan, ada peningkatan jualan sebanyak 7 peratus dan jualan dijangka meningkat dengan penambahan jumlah barang serta pengenalan penjualan barang KR1M 2.0 melalui kedai-kedai runcit.

 ((BERNAMA))