Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:58 AM UTC, Feb 24, 2018

Siri 'Adventure Live' Airasia Raih Empat Anugerah Mob-Ex 2018

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR  – Siri pengembaraan interaktif secara langsung AirAsia, ‘Adventure Live’, meraih empat anugerah pada Anugerah Mob-Ex 2018, yang diadakan di Singapura, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Ketua Komersial AirAsia Malaysia, Spencer Lee berkata siri berkenaan merangkul anugerah Emas dalam ‘Best Campaign - Original Content’ dan tiga anugerah Perak dalam kategori ‘Best Campaign - Video/Rich Media, Best Campaign - Viral Marketing, dan Best Campaign - Innovation’.

Adventure Live, yang bermula pada 16 Jun tahun lepas, disiarkan secara langsung dari enam destinasi di Asia Tenggara iaitu Hanoi, Cebu, Yangon, Lombok, Phnom Penh dan Luang Prabang, melalui ‘Facebook Live ‘ di Facebook AirAsia.

Siri interaktif ini merupakan sebahagian kempen ‘Live Life Unexpected’ AirAsia dalam menyokong inisiatif ‘Visit ASEAN @50 ‘ bagi menggalakkan pengunjung meneroka pengalaman unik rantau ini.

Kempen enam video itu mencecah lebih 665,000 tontonan semasa siaran langsungnya, yang diperkukuhkan lagi dengan lebih 77,000 reaksi dan 9,000 komen.

Anugerah Mob-Ex, anjuran majalah Marketing, merupakan anugerah serantau yang dikhususkan untuk memberi ganjaran kepada organisasi terkemuka yang telah berusaha dan mencapai kejayaan pada platform mudah alih, melalui strategi pemasaran mudah alih yang kukuh dan inovatif. Edisi tahun ini adalah yang keenam.

((BERNAMA))