Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:58 AM UTC, Feb 24, 2018

ANGKASA Latih Masyarakat Islam Di Kemboja Bidang Perniagaan Mac Ini

  • Published in Ekonomi

TAIPING – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan menghantar anggotanya ke Kemboja pada Mac ini untuk melatih masyarakat Islam di negara itu dalam bidang perniagaan termasuk penubuhan koperasi di masjid.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata masyarakat Islam di Kemboja perlu dibantu kerana mereka merupakan golongan minoriti dan masih berada pada tahap ekonomi yang masih rendah.

Beliau berkata kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Agung Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (Konsormas) di sini.

Beliau berkata, setakat ini ANGKASA telah mewujudkan 13 koperasi masjid di Kemboja dan diharap ia dapat membantu masyarakat Islam di negara itu meningkatkan taraf hidup mereka.

((BERNAMA))