Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 2:14 PM UTC, May 24, 2018

Kadar Dividen KWSP Tertinggi Sejak1997

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mengumumkan 6.90 peratus kadar dividen untuk Simpanan Konvensional 2017 dengan jumlah agihan dividen sebanyak 44.15 bilion ringgit...

Peratusan itu merupakan kadar tertinggi pernah diumumkan sejak 1997.

Sementara 6.40 peratus untuk Simpanan Shariah dengan agihan dividen 3.98 bilion ringgit.

Jumlah keseluruhan agihan dividen adalah 48.13 bilion ringgit, meningkat 29.8 peratus daripada 2016.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata, simpanan Shariah telah menunjukkan prestasi positif berikutan ia pertama kali diperkenalkan.

Jelasnya KWSP mampu memastikan prestasi pelaburan kewangan yang kukuh biarpun kini menguruskan dua skim simpanan yang diperkenalkan kepada lebih 14 juta pencarum.

Setakat 31 Disember 2017, jumlah simpanan ahli adalah 768.51 bilion ringgit, melibatkan 67.76 bilion ringgit bagi Simpanan Shariah dan 700.75 bilion ringgit di bawah Simpanan Konvensional.

Jumlah pendapatan pelaburan kasar untuk 2017 sebanyak 53.14 billion ringgit, naik 14.13 peratus
dari 46.56 bilion ringgit pada 2016.

Jumlah ini telah meningkat sebanyak 11.90 peratus setahun sejak 2007 dan bersamaan dengan 7.30 peratus pulangan atas pelaburan (ROI).

Tan Sri Samsudin berkata pelaburan KWSP telah memberikan ROI tahunan tiga tahun sebanyak 7.30 peratus dan ia merupakan pencapaian membanggakan berikutan KWSP adalah sebuah dana seimbang dengan pendedahan sebanyak 50 peratus terhadap instrumen pendapatan tetap.

((SUMBER: RTM))