Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:58 AM UTC, Feb 24, 2018

Bangkok Bersama Kuala Lumpur Pertahan Pasaran Minyak Sawit : Sekatan Minyak Sawit Di EU

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Bangkok menyatakan sokongannya terhadap Malaysia bagi membantah ketidakadilan dan penindasan berterusan Kesatuan Eropah EU terhadap komoditi sawit.

Perkara itu dinyatakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong,selepas menerima kunjungan rakan sejawatnya Menteri Perdangangan Thailand, Hon. Mr. Sontirat Sontijirawong di ibu negara. 

Menerusi kenyataan Datuk Seri Mah berkata komitmen yang dizahirkan kerajaan Thailand itu turut membuktikan Malaysia tidak bersendirian dalam memperjuang nasib lebih 3 juta pekebun kecil sawit di rantau ASEAN.

Kesepakatan itu turut disokong Indonesia.

Negara-negara pengeluar utama sawit di rantau ASEAN termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand akan menggunakan semua ruang yang ada bagi menentang sekatan yang diusulkan Parlimen EU, termasuk melalui kerangka ASEAN.

Pada perkembangan lain; Kuala Lumpur dan Bangkok juga bekerjasama menumpukan langkah terbaik menstabilkan harga pasaran getah dunia.

Datuk Seri Mah memberikan jaminan, Malaysia akan patuh terhadap kuota eksport getah asli sebanyak 350 ribu tan untuk tempoh 3 bulan pertama tahun ini, seperti yang dipersetujui pada Mesyuarat Khas International Rubber Tripartite Countries (I-T-R-C).

((SUMBER: RTM))