Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:58 AM UTC, Feb 24, 2018

Penumpang Di KLIA, KLIA2 Diunjur Meningkat 40 Peratus

  • Published in Ekonomi

SEPANG – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengunjurkan peningkatan sebanyak 40 peratus aliran penumpang harian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dari 14 Feb sehingga 18 Feb bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Ketua Operasi MAHB di KLIA Mohd Arif Jaafar dalam kenyataan berkata operator lapangan terbang itu akan bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkuasa untuk melaksanakan langkah dan inisiatif bagi memastikan perjalanan yang selesa dan menyeronokkan bagi penumpang pada musim perayaan itu.

Beliau berkata MAHB akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan kelancaran aliran trafik di kawasan bebendul jalan tempat menunggu, yang kini dikuatkuasakan tempoh had dua minit untuk mengambil penumpang.

((BERNAMA))