Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:58 AM UTC, Feb 24, 2018

Sime Darby Plantation Bhd Sasar Mewujudkan Manfaat Kecemerlangan Operasi Bernilai RM 550 Juta Menjelang Akhir Tahun Kewangan 2020

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR -Sime Darby Plantation Bhd menyasarkan untuk mewujudkan manfaat kecemerlangan operasi bernilai RM 550 juta menjelang akhir tahun kewangan 2020.

Ia menerusi pelaksanaan Kecemerlangan Operasi dan Strategi Inovasi Pengurusan Perniagaan 2.0 (OEIBMS 2.0).

Perkara itu dinyatakan Timbalan Pengerusi Eksekutif merangkap Pengarah Urusannya, Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Jelasnya manfaat itu dalam bentuk penjimatan kos, usaha mengelak kos dan peningkatan penjanaan hasil yang diraih menerusi pelaksanaan pelbagai projek di bawah program 'Lean Six Sigma (LSS)' syarikat berkenaan.

Beliau berkata demikian pada Sidang Kemuncak Kecemerlangan Operasi dan Produktiviti Sime Darby Plantation (OPEX) di ibu negara.

Sidang kemuncak itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

((SUMBER:BERNAMA))