Wednesday, 21 April 2021

updated 7:33 AM UTC, Apr 21, 2021

Dua lelaki terlibat puluhan kes jenayah diberkas polis

  • Published in Berita Semasa

KEPALA BATAS - Dua lelaki yang terlibat dengan puluhan kes jenayah membabitkan pecah rumah, curi kereta dan samun disekitar Seberang Perai Utara( SPU) berjaya ditahan.

Mereka diberkas dalam serbuan di sebuah Tanker kosong di Mak Mandin, Butterworth kira-kira pukul 3.15 petang 28 Februari lalu.

Ketua Polis daerah SPU, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, hasil pemeriksaan pihaknya berjaya merampas pelbagai barangan yang dipercayai hasil kegiatan pecah rumah dan samun seperti, sebuah kereta, barang kemas, komputer riba, kamera video, dan peralatan lain yang bernilai kira-kira RM 70 ribu .

Siasatan awal mendapati mereka menjadikan tangki atau tanker kosong itu sebagai tempat mereka menyimpan barangan dicuri serta pelbagai peralatan untuk pecah rumah seperti pemotong besi, skru driver kunci telah di ubah suai.

Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 38 dan 39 tahun itu tidak bekerja, dan dipercayai terlibat dengan kegiatan berkenaan sejak Oktober tahun lepas.

Pihaknya kini sedang memburu seorang lagi suspek ahli geng Tanker yang bergiat aktif dengan kegiatan terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Beliau bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis daerah SPU di Kepala Batas.

((RTM P.PINANG/MILA))