MOTAC Tingkat Kerjasama Dengan Pengusaha Kraf Pasarkan Produk Secara Online
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Ekonomi
KUALA TERENGGANU - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan tingkatkan kerjasama dengan pengusaha kraf di negara ini untuk memasarkan produk mereka dalam talian (online) bagi membantu golongan itu mengembangkan perniagaan mereka hingga ke peringkat antarabangsa.
Menteri berkenaan, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata setakat ini belum ramai pengusaha yang mengambil kesempatan menggunakan platform online untuk memasarkan produk mereka menyebabkan industri tersebut kurang berkembang dan semakin suram.