Friday, April 19, 2019
vital-top
updated 4:32 AM UTC, Apr 19, 2019

Affin Islamic Bank Berhad Optimis Pembiayaannya Berkembang Melebihi 15 peratus Tahun Ini

  • Published in Ekonomi

SHAH ALAM-Affin Islamic Bank Berhad optimis pembiayaannya berkembang melebihi 15 peratus tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif, Nazlee Khalifah berkata, ia disokong permintaan bagi produk kewangan Islam yang semakin meningkat.

Beliau ditemui media selepas majlis mengumumkan kerjasama strategik dengan Management And Science University (MSU) melalui Affin Pembiayaan Pendidikan-i.

Pembiayaan Pendidikan-i itu merupakan skim pembiayaan patuh syariah berbentuk Ijarah yang membantu individu berkelayakan mendapat akses kepada pendidikan tinggi di institusi pendidikan swasta.

Skim itu dibuka kepada pelajar berusia 18 hingga 45 tahun dengan nilai pembiayaan sehingga 150 ribu bagi program diploma, ijazah sarjana muda dan pasca siswazah.

((SUMBER: RTM))