Wednesday, July 17, 2019
updated 3:40 PM UTC, Jul 17, 2019

Sarawak Bakal Jadi Pengeksport Utama Nanas MD2

  • Published in Ekonomi

KUCHING- Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) akan menjadikan Sarawak sebagai hab pengeluaran nanas premium MD2 dengan peruntukan RM 300,000 untuk membangunkan kawasan tanaman seluas 4 hektar bagi tujuan eksport ke China.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah berkata daripada keseluruhan kawasan projek, 827 hektar daripadanya adalah untuk penanaman varieti MD2.

Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak berkata negeri tersebut berpotensi besar untuk dimajukan dengan tanaman nanas memandangkan faktor ketersediaan tanah yang lebih luas.

Kos tenaga buruh lebih rendah serta jarak penghantaran yang lebih dekat.

Katanya sektor berkenaan juga mampu memberi manfaat kepada pengusaha terutamanya pekebun kecil,

Demikian menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat LPNM hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datik Nogeh Gumbek, Pengerusi LPNM Datuk Samsolbari Jamali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Datuk Sallehhuddin Hassan.

Uggah menyuarakan harapan agar LPNM akan terus membantu pengusaha dan pekebun nanas bagi meningkatkan pendapatan mereka kepada RM4,000 sebulan.

((SUMBER:BERNAMA))