Wednesday, July 17, 2019
updated 3:40 PM UTC, Jul 17, 2019

Hotel New World Sasar Kadar Penginapan 60 Peratus

  • Published in Ekonomi

PETALING JAYA - Hotel New World Petaling Jaya yang dijangka beroperasi menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada 16 Februari ini, menyasarkan kadar penginapannya sebanyak 60 peratus pada tahun ini.

Pengurus Besarnya, Jai Kishan berkata pada masa ini, hanya sebilangan kecil bilik hotel itu yang masih kosong.

Hotel dengan kemudahan 300 bilik di 14 tingkat, adalah sebahagian daripada Pembangunan Komersial Bersepadu Paradigm milik WCT Holdings Bhd (WCTH) bernilai RM1.8 bilion dan turut merangkumi pusat beli-belah Paradigm Mall serta menara pejabat The Ascent.

 

Sumber : BERNAMA