Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

Jabatan Pertanian Kulim Sasar 230 Hektar Ditanam Durian

  • Published in Ekonomi


KULIM - Jabatan Pertanian Daerah Kulim menyasarkan penanaman durian berkualiti tinggi di daerah ini melibatkan kawasan seluas 230.3 hektar sehingga 2020 nanti.

Pegawai Pertaniannya, Noor Afifah Ramli berkata, projek jangka panjang yang bermula 2016 dengan kawasan seluas 14.2 ha dan 87.9 ha lagi pada tahun lepas merupakan sebahagian pelan strategik pengembangan pertanian dalam menjadikan Kulim sebagai pengeluar utama tanaman tersebut.

Bagi tahun ini, sasarannya 40.7 hektar manakala 51.5 hektar (2019) dan 36 hektar (2020) di mana ia akan membabitkan 96 orang petani yang berpotensi.

Beliau berkata dalam taklimat Pelan Strategik Pengembangan Pertanian Daerah Kulim.

Bagi membangunkan tanaman durian yang berkualiti, pihaknya kini cuba mengaplikasi teknik cantuman dewasa dari klon Musang King dan Duri Hitam secara meluas kepada pekebun kecil.


Sumber : BERNAMA