Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

LPP Kenal Pasti 119 Hektar Kawasan Tanaman Durian

  • Published in Ekonomi

SEREMBAN - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah mengenal pasti kawasan seluas 119 hektar yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan tanaman durian pada tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Zainal Dahalan berkata, durian merupakan peluang ekonomi baharu dan boleh memberi manfaat kepada anggota LPP di seluruh negara.

Sementara itu, menurut Tan Sri Zainal, Mukim Titi di daerah Jelebu bakal dikenali sebagai Lembah Buah iaitu pengeluar buah-buahan tempatan.

Katanya, sebanyak 145.04 hektar tanah diperuntukkan untuk tanaman buah-buahan khususnya durian, sekali gus menjadikan Jelebu sebagai pusat pengeluaran buah-buahan.

Mukim Titi merupakan antara lokasi dusun durian terbaik di negara ini berikutan keadaan muka buminya yang berbukit-bukau dan cuacanya yang agak dingin.

 

Sumber : BERNAMA